Sambutan Tahun Baru Secara Besar-Besaran Tidak Dibenarkan

Sambutan tahun baharu secara besar-besaran masih lagi tidak dibenarkan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perhimpunan berskala besar akan menyukarkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan fizikal.

Walaupun begitu katanya, sambutan secara kecil-kecilan melibatkan ahli keluarga masih dibenarkan.

“Sambutan secara perhimpunan masih tidak dibenarkan kerana ia masih lagi tersenarai dalam senarai larangan,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.

Malaysia merekodkan sebanyak 1,594 k3s baharu jangk1tan CO VID-1 9 hari ini dan daripada jumlah itu, tiga k3s adalah k3s import.

Pertambahan k3s itu menjadikan jumlah kumulatif k3s CO VID-1 9 di negara ini sebanyak 106,690 k3s.

Selangor melaporkan k3s harian tertinggi dengan 697 k3s baharu atau 43.7 peratus daripada jumlah k3s dilaporkan hari ini.

 

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*