Penyanyi dan pelakon Hetty Sarlene memohon agar peminat dapat mendoakan supaya proses bersalin anak sulungnya tidak lama lagi dipermudahkan.
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Hetty memberi gambaran seolah-olah sedang menunggu masa untuk bersalin bila-bila masa.
“Doakan saya dalam setiap doa anda, tidak lama lagi baby ini bakal membuat kemunculan. Sayangnya minggu ini akan menjadi ulasan terakhir saya untuk tahun ini sebelum saya berehat dan mengambil cuti panjang untuk memberikan fokus kepada keluarga kecil saya.
“Bagaimanapun kami akan berkongsi kegembiraan bersama anda sebaik sahaja bersalin. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Teks dan mesej anda semua sangat bermakna untuk kami,” tulisnya.
Dalam pada itu, Hetty juga berkongsi perkembangan terbaharu anak dalam kandungannya.
“Proses pengimbasan berjalan dengan lancar, #babyL berada dalam keadaan sihat dan aktif. (Ya! Maksud saya sangat aktif seperti bapanya).
“Berat badannya juga sempurna. (Alhamdulillah). Namun sayangnya dia tidak menunjukkan wajah comelnya kepada kami kerana sibut menghisap ibu jari,” kongsinya.
Hetty telah mendirikan rumah tangga bersama Daniel atau nama Islamnya Dani Aaqil yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
Sekitar Ogos lalu, Hetty dan Daniel mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki.
Sumber: Gempak , Ig @hettysarlene_oakes
Leave a Reply Cancel reply