“Kami Berdua Perlukan Sekarang Adalah Doa Kalian” – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 35, mendedahkan pengacara dan usahawan Neelofa, 31, adalah salah seorang individu yang ada di kala dia berada dalam kesusahan.

Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata Allah menghantar bekas hos MeleTOP itu untuk membantunya kekal kuat menghadapi du.gaan dalam rumah tangga.

Tambah isteri kepada Syamsul Yusof, kini Neelofa memerlukan doa daripada semua pihak atas pertu.duhan ka.rut yang dilem.parkan kepadanya.

“Dia ada di sana untuk saya, pendengar saya. Allah mengutuskannya kepada saya untuk menolong saya kuat dalam Deen saya.

“Allah tahu apa yang dia lalui. Sama juga dengan saya. Yang kami berdua perlukan sekarang adalah doa kalian.

“Bersangka baik dan doakan yang baik-baik sahaja untuk Neelofa ya,” katanya.

Sarah turut memuat naik tangkapan skrin (screenshot) perbualan bersama Neelofa di Instagram Stories miliknya, semalam.

Sementara itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor menganggap kontro.versi yang sedang melanda ini sebagai ujian kecil.

“Alhamdulillah ni ujian kecil. Saya doakan untuk awak setiap hari. Insya-Allah,” kata Neelofa.

Terdahulu, pelbagai speku.lasi mengenai hubungan Neelofa selepas ibu dan adik-beradiknya berhenti mengikuti PU Riz di laman sosial Instagram (IG).

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*