Pelakon Datin Almy Nadia, 34, dilihat meluahkan kema.rahan kepada sebuah produksi yang membatalkan tawaran berlakon suaminya, Datuk Fizz Fairuz, 40, di saat akhir.
Menurut Almy, Fizz sanggup menolak tawaran lain demi untuk memberi tumpuan sepenuhnya memandangkan sudah berjanji sejak awal Disember.
“Dah block tarikh untuk penggambaran dari awal bulan 12 tahun 2020, tiba-tiba tangguh tarikh bawa ke Januari 2021. Encik suami dah tolak job lain sebab dah berjanji untuk 30 episod katanya.
“Tiba-tiba tadi call cakap batal, tak boleh ikut jadual sebab kena ikut jadual artis lain sedangkan kita dah bagi jadual awal dah lock penggambaran tiba-tiba cancel!
“Hampa rasa apa? Apa yang hampa cuba buat game ni? Orang dah tolak job, apa yang hampa cuba buat ni! Perasaan, akal fikiran hampa ada di mana?
“Lain kali jangan susahkan periuk nasi orang faham! Tak jadi kat periuk nasi hampa takpa, nanti kalau jadi baru tersungkuq faham!
“Tanggungjawab faham!! Kat manusia ni pegang pada janji!! Bila dah berjanji kita pegang jangan buat di saat akhir, hampa buat orang macam sampah faham!!
“Orang lain punya hal, orang lain kena tanggung. Sorry la! Perangai macam ni sebab tu tak boleh pergi jauh faham!!
“Kita bukan macam dulu tau. Dalam satu masa ambil 10 job. Faham? Sekarang zaman kita jaga kualiti,” tulisnya.
Ketidakpuasan itu dikongsikan menerusi beberapa buah entri yang dimuat naik di Instagram Stories, semalam.
Dalam pada itu, Almy akui berasa sedih melihat Fizz dipermainkan dan diperlakukan dengan tindakan tidak wajar.
“Sebagai isteri bila suami mu.rung/ma.rah/suka/sedih isteri akan terkesan sebab isteri ni adalah orang paling rapat selain orang lain.
Bila jadi macam ni sedih tengok suami sebab kena game.
“Nanti hampa sedap buat cerita kat penerbit, “Datuk tak boleh buat ada job ni sebab ada shoot lain. Datuk bagi tarikh banyak sangat!
“Lepastu nanti penerbit jumpa pula, “la awat Datuk tak buat job tu kan kita dah lock awal! Sedangkan.. Faham-faham sendiri la,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Fizz dan Almy berkahwin pada 2014. Almy sendiri merupakan seorang pelakon sebelum ini, namun memberi fokus kepada rumah tangga mereka.
Sumber: Gempak, Ig @almynadiaofficial
Leave a Reply Cancel reply