“Cinta Lokasi…”- Zul Ariffin Ulas Foto Sweet Dengan Ruhainies

Pelakon Zul Ariffin mengulas mengenai isv foto sweet bersama pelakon Ruhainies yang menjadi perhatian baru-baru ini.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Zul memberitahu dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelakon dan tidak lebih daripada itu.

“Cinta lokasi itu tidak ada, penat dekat lokasi itu adalah. Kami berdua bekerja. Dia sangat sporting lagi pun ini cerita komedi, kami enjoy kerja bersama.


“Kita anggap bila bekerja ini bukannya nak berseronok, saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelakon mengikut amanah dan watak yang diberikan.

“Tetapi lebih pada itu… Tidak. Bila dalam kontek bekerja jika anda telah cross the line bagi saya tidak ada apa yang perlu dibanggakan,” jelasnya tegas.

Mengulas mengenai babak berpegangan tangan, ini komen Zul.

“Ini perkara sensi.tif jadi jika anda tidak mahu menonton jangan ada TV lah.


“Sebagai contoh kalau anda lihat seorang wanita memakai skirt dalam TV pun ia tidak bagus apatah lagi bersentvhan.

“Ini komen simple yang saya boleh bagi. Saya tahu komen ini berbunyi agak kas4r tapi ini hanyalah pendapat saya dan saya melakukan kerja saya.

“Saya juga tahu mengenai perkara itu, saya pun tengah kurangkan. Alhamdulillah.

“Sebab itu kalau anda perasan, saya dah kurang ambil tawaran filem atau drama yang mengisahkan tentang cinta dan kita pun bukannya makin muda,” katanya ketika ditemui Gempak.

Terdahulu, foto-foto yang merakamkan kemesraan Zul bersama Ruhaineis ketika membintangi drama Wifi Sebelah Rumah menimbulkan pelbagai persepsi netizen.

Bagaimanapun hakikatnya Zul dan Ruhainies hanyalah sekadar membawakan watak komedi yang diberikan kepada mereka.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @zul_ariffin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*