Sebanyak 1,594 k3s CO VID-1 9 baharu dikenal pasti. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiga daripadanya adalah k3s import. Jumlah itu sekaligus menjadikan k3s positif kumulatif sebanyak 106,690. Dukacita dimaklumkan terdapat tiga lagi kema.tian direkodkan akibat CO VID-19.
K3s kema.tian membabitkan dua lelaki berusia 90 tahun dan 62 tahun serta seorang wanita berusia 62 tahun. Bagaimanapun dilaporkan terdapat lima kluster baharu membabitkan Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Kelantan. Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri mengumumkan PKPB di beberapa kawasan dilanjutkan.
Berikut merupakan kawasan yang terlibat:
- PKPB dilanjutkan di Mukim 12 Barat Daya dan Mukim Timur Laut Pulau Pinang sehingga 14 Januari 2021
- PKPB dilanjutkan di Seluruh Selangor sehingga 14 Januari 2021
- PKPB dilanjutkan di Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 14 Januari 2021
- PKPB dilanjutkan di Seremban sehingga 14 Januari 2021
- PKPB ditamatkan di Port Dickson pada 28 Disember 2020
- PKPB dilanjutkan di Johor Bahru dan Batu Pahat sehingga 14 Januari 2021
- PKPB ditamatkan di Kulai pada 28 Disember 2020
- PKPB dilanjutkan di Seluruh Sabah sehingga 14 Januari 2021
Sumber: Astro Awani / Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
Foto: Astro Awani via Gempak
Leave a Reply Cancel reply