“Semoga Perjalanan Kami Di Permudahkan” – Ummi Nazeera Umum Hamil Anak Kedua

Pelakon jelita Ummi Nazeera telah berkahwin dengan Dr Mohd Izzar Anwari pada 23 Julai 2017 dikurniakan seorang cahaya mata sulung mereka, Ayra Aneesah yang dilahirkan pada tahun 2018.


Terbaharu, Ummi Nazeera mendedahkan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah Ummi nak share di sini. Ummi telah dianugerahkan rezeki untuk mengandung kali kedua dengan Izin Allah SWT.

“Ummi minta tolong semua untuk doakan kesihatan baby yang kini hampir 4 bulan dan juga ummi kedua-duanya sihat walafiat. Semoga perjalanan kami dipermudahkan. Ameen,” tulis Ummi.

Perkongsian Ummi itu mendapat perhatian daripada pengikutnya. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah dan mendoakannya.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @umminazeera)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*