PETALING JAYA – Gara-gara m4rah dengan watak Amani dalam drama Cinta Sekali Lagi, pelakon cantik manis, Hannah Delisha mendedahkan dia diminta membuka tudung oleh netizen.
Menurut Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 24, kerana watak antag0nis itu, dia terkejut selepas menerima banyak mesej yang dihantar ke Instagramnya.
“Memang ramai yang mar4h dengan saya sebab Amani hancurkan rumah tangga kakaknya, Amanda (lakonan Nelydia Senrose) dengan menggunakan ilmu sih1r.
“Malah, ada juga yang menyuruh saya membuka tudung sebab tidak layak memakainya kerana terlampau j4hat. Lucu tetapi kalau b3nci Amani, janganlah mar4h saya pula,” katanya kepada Kosmo! selepas majlis memperkenalkan Hannah sebagai duta produk minuman bertenaga Vida semalam.
Dalam pada itu, pelakon filem Langsvir itu bersyukur kerana ramai yang memujinya berjaya membawa watak antag0nis dengan cemerlang.
“Pada mulanya takvt juga orang hent4m tetapi terkejut sebab ramai yang puji saya berjaya buat orang b3nci.
“Saya bangga dengan diri sendiri dan rasanya saya sudah berikan sepenuh jiwa untuk watak tersebut,” ujarnya.
Hannah juga tidak kisah dengan semua gelaran yang diberikan kepadanya seperti Mak L4mpir kerana perkara tersebut membuktikan lakonannya berjaya.
Terdahulu, sejak beberapa minggu lalu, nama Amani dan drama Cinta Sekali Lagi yang sudah berakhir tayangannya pada Isnin lalu trending dalam media sosial dan menjadi bualan netizen.
Rata-rata meluahkan keb3ncian terhadap Amani kerana menggunakan ilmu sih1r termasuk nasi kangk4ng untuk mengg0da suami kakaknya, Ungku Fahad lakonan Saharul Ridzwan.
Hannah menerusi Instagramnya mengumumkan sudah memakai hijab pada 8 September lalu selepas berakhirnya penggambaran.
Sumber: Kosmo, Ig @hannahdelisha
Leave a Reply Cancel reply