Ikmal Amry Selamat Bernikah

Pelakon Ikmal Amry selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Najla Shamsul, 22, yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pagi ini.

Pada majlis itu, Ikmal, 26, atau nama sebenarnya, Mohd Zulikmal Amry Ghazali menyerahkan mas kahwin RM300, wang hantaran RM15,000 serta tujuh dulang hantaran. Sementara pihak perempuan membalas dengan sembilang dulang.

Majlis akad nikah disempurnakan bapa pengantin perempuan, Shamsul Kamar yang turut dihadiri kedua belah keluarga dan rakan rapat.

Pengurus Ikmal, Ben Ali ketika dihubungi berkata, Ikmal menitiskan air mata selepas sah bergelar suami.

“Alhamdulillah, majlis hari ini berjalan lancar. Majlis pagi ini hanya membabitkan keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat.

Sebelum majlis bermula Ikmal ada cakap dia gementar. Selepas sah dinikahkan, saya tengok dia menangis.

“Ikmal jenis yang sangat relak dan tidak kelam kabut. Lima bulan sebelum nikah dia sudah siapkan semuanya dari segi keperluan dan apa yang perlu dibeli,” katanya.

Difahamkan, majlis persandingan pasangan itu akan diadakan di sebelah pihak Ikmal di Melaka, malam ini.

Terdahulu, Ikmal dan Najla yang juga personaliti media sosial selamat bertunang pada Mei lalu.

Sumber: Harian Metro via Gempak, Ig @ikmalamry

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*