Amira Othman Dimasukkan Ke Wad

Akibat bersenam melebihi kemampuan diri, penyanyi Amira Othman terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat pervbatan swasta di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu selepas otot pahanya didapati terk0yak dan berd4rah.


Menurut Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 27, pada mulanya dia menyangkakan s4kit yang dialami di bahagian otot paha selepas pertama kali menyertai kelas senam berbasikal indoor (indoor cycling) adalah perkara biasa.

Bagaimanapun, kes4kitan itu menjadi semakin tervk dan lebih par4h apabila air kenc1ng bertukar warna kehitaman.

“Benda ini jadi sebab asalnya saya pergi bersenam indoor cycling, mungkin disebabkan kelas itu intense sangat tapi saya cuba juga push diri, paksa punya paksa sampai s4kit otot.


“Selepas diperiksa doktor, otot saya rupa-rupanya koy4k dan berd4rah jadi d4rah itu telah mereb4k pada organ dalam badan. Dar4h itu kacau pada buah pinggang dan hati tapi nasib baik buah pinggang saya okay.

“Sekarang doktor nak pantau pula keadaan hati saya. Sebelum ini selalu je saya s4kit otot lepas bersukan, tapi untuk kes kali ini, s4akit dia makin lama makin berbisa.

“Lama-lama bila hari ketiga, warna air kencing saya juga bertukar hitam,” ujarnya kepada mStar.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Hati-Hati ini bersyukur selepas doktor memberitahu keadaan kesihatannya semakin pulih dan mungkin akan dibenarkan pulang pada Rabu atau Khamis.Sehubungan itu juga, Amira menasihatkan peminatnya agar sentiasa berpada-pada dalam melakukan aktiviti kecergasan agar ia tidak memakan diri.

“Bersenam memang bagus dan penting, tapi buat berpada-pada jangan sampai memud4ratkan diri. Doktor pun dah pesan pada saya, kita kena tahu kemampuan diri.

“Ada orang sesuai bersenam cara ini, ada orang pula tak sesuai dengan cara itu. Kalau dah rasa macam tak boleh tu, janganlah kita push diri, kena bersederhana sahaja,”ujarnya.

 

 

Sumber: Mstar, ig @amiraaothman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*