“Kepala Dah Kat Bawah, Harap Sangat Dapat…” – Bakal Lahirkan Anak Kembar Minggu Depan, Ainan Tasneem Mohon Doakannya

Bakal melahirkan sepasang anak kembar tidak lama lagi, penyanyi Ainan Tasneem berkongsi mengenai keadaan dirinya yang sering mengalami s4kit belakang dan pinggang.

Menurut Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Redzuan, dia kini mengalami kesukaran untuk tidur memandangkan keadaan perutnya semakin membesar.

Malah, penyanyi berusia 28 tahun ini turut memberitahu kakinya juga akan menggigil sekiranya berdiri terlalu lama.


“Sebenarnya memang tak larat dah nak bawa perut sebenarnya. S4kit pinggang, s4kit belakang, waktu tidur pun lenguh-lenguh badan padahal tak ada buat apa-apa aktiviti pun.

“Kalau tukar posisi waktu tidur lagi la subhanaAllah… s4kit yang amat ya. Rasa nak menangis. Berdiri pun tak boleh lama sangat kalau tak memang menggigil kaki,” katanya.

Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Aku Suka Dia itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya.


Rata-rata netizen dan rakan selebritinya iaitu Tasha Manshahar turut mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin Ainan berjalan dengan lancar.

Sebelum ini, Ainan melahirkan rasa syukur apabila dia dan suaminya iaitu Mohamad Ariffudin bakal menimang sepasang anak kembar tidak lama lagi.

Menerusi laporan mStar pada 27 Ogos lalu, Ainan berkata anak sulungnya iaitu Ainan Salsabiela yang kini berusia dua tahun sangat teruja apabila mengetahui bakal memiliki dua orang adik.

Dalam pada itu, Ainan berkata doktor memberi masa sehingga kandungannya mencecah 37 minggu sahaja untuk bersalin disebabkan bayi kembar.

Ainan berharap dia dapat melalui proses bersalin secara semula jadi tanpa mengambil sebarang vbat-vbatan sekirannya tiada sebarang komplik4si.


“Kandungan dah nak masuk 36 minggu. Doktor bagi masa sampai 37 minggu saja untuk bersalin sebab kembar. Jadi, Insya-Allah minggu ini atau minggu hadapan dapat jumpa baby kembar.

“Kepala dah kat bawah, harap sangat dapat bersalin secara semula jadi tanpa indvce dan dapat bersalin normal kalau tiada sebarang komplik4si.

“Mohon doa daripada semua orang ya,” ujarnya.

 

 

Sumber: Mstar, Ig @ainantasneem92

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*