Penyanyi dan pelakon, Alif Satar berkongsi berita gembira mengenai datuk kesayangannya, Mohamad Che Noh yang kini pulih daripada C0VID-19.
Alif memaklumkan perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Alif, atuknya atau dipanggil dengan gelaran Pak Wan kini sudah sihat dan dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat positif C0VID-19.
“Itu Pak Wan saya, pes4kit C0VID-19 berusia 91 tahun yang sudah sembuh, duduk di dalam kereta dan bersedia untuk pulang ke rumah!
“Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan hari itu.
“Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik anda semua!! p/s Alif masih di Melaka,” tulisnya.
Dalam perkembangan terbaharu, Alif masih lagi berada di Melaka dan menjalani rawatan selepas disahkan positif C0vid-19 minggu lalu.
Sebelum ini media melaporkan Pak Wan dirawat di hospital bersama ibu, bapa dan adik bongsu Alif yang juga dij4ngkiti C0vid-19 selepas disahkan positif pada Sabtu lalu.
Perkongsian Alif Satar itu mendapat perhatian warganet dan juga rakan artis.
Sumber: Gempak, Ig @alifsatar
Leave a Reply Cancel reply