“Terima Kasih Tan Sri Kerana Turun Padang Dan…” – Dr Noor Hisham Melawat PKPD Jalan Teratai

Warganet memuji Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kerana sudi turun padang melawat kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Jalan Teratai, Klang, semalam (Sabtu).

Dr Noor Hisham menerusi Facebook rasminya berkata, dalam lawatan kerja itu, beliau diberikan taklimat oleh Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Klang, Dr Masitah Mohamed berhubung perkembangan terkini pengurusan PKPD.

Beliau turut memberitahu sempat bertukar pendapat dengan pihak pengurusan operasi terlibat dan mendegar isv-isv berbangkit.

“Alhamdulillah, saya sempat bertukar pendapat dengan pihak pengurusan operasi yang terlibat dan mendengar isv-isv yang berbangkit agar operasi PKPD ni berjaya dalam membendung penu1aran ke dalam komuniti.,” katanya.

Dalam pada itu Noor Hisham turut mengucapkan terima kasih kepada semua agensi terlibat yang bertungkus lumus menjalankan tugas sepanjang pandemik C0vid-19.

“Berkesempatan ini juga, saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua agensi terlibat terutamanya Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, PDTK, Majlis Bandaraya Klang, JBPM, APM, JKM, RELA, Pejabat Penerangan dan NGO-NGO yang turut serta dalam menjayakan aktiviti PKPD ini,” tulisnya.

Di ruangan komen, warganet mengucapkan terima kasih kepada Noor Hisham kerana turun padang dan membuat lawatan kerja ke kawasan-kawasan berisik0 tinggi.

Ada juga yang berpendapat fizikal Noor Hisham semakin susut dan kelihatan letih, sekaligus mendoakan keselamatan dan kesihatan beliau.

“I really feel sad and pity looking at you, seems lost weight a lot alrdy. Somehow I do feel proud for having DG to be the General fighting C0VID19 in Malaysia. Please take good care of yourself, dear DG. We’re always with you,” tulis seorang pengikut.

Kata warganet lagi, sekurang-kurangnya kedatangan Noor Hisham ke PKPD Jalan Teratai, menyuntik semangat petugas barisan hadapan.

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*