Selesai Jalani Rawatan di IJN, Ini Keadaan Terkini M. Daud Kilau

Datuk M.Daud Kilau yang menjalani prosedur pembed4han angioplasty, pada Jumaat lalu dilaporkan semakin stabil.Anak keduanya, Ahmad Zaini Muhammad Daud, 49, berkata, prosedur itu memakan masa empat jam dengan tiga salur d4rah bapanya dimasukkan alat sten.

“Alhamdulillah, pembed4han berjalan dengan lancar bermula pukul 5 petang hingga 9 malam, semalam. Alat sten dimasukkan ke dalam salur dar4hnya dan sekarang keadaan ayah sudah mula stabil,” katanya seperti di laporkan Harian Metro.

Terdahulu, Ahmad Zaini berkata, bapanya mempunyai masa1ah injap jantvng sempit dan dimasukkan ke IJN, pada Isnin lalu.

Media sebelum ini melaporkan, penyanyi veteran itu dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di Teluk Intan selepas mengadu ses4k nafas.

Penyanyi lagu hit Sirih Pinang, M Daud Kilau atau Muhammad Daud Kilau itu berdepan masalah kesihatan sejak empat tahun lalu.

Beliau yang mempunyai kenc1ng manis kini sudah tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang juga sak1t selain keadaan jantung yang tidak stabil serta kurang daya pendengaran.

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*