Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan rumah tangga yang bahagia hingga hujung ny4wa.
Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkau beberapa tahun, namun setiap pasangan haruslah berusaha untuk membahagiakan istana terindah masing-masing.
Seperti semalam tu1ar di laman sosial apabila seorang usahawan yang juga selebriti media sosial, Hafiz Mahamad berkongsi video romantik beliau dan isteri menyambut ulang tahun perkahwinan.
Video berdurasi 1 minit 55 saat itu menjadi tumpuan warganet di laman Instagram dan telah mendapat 1,630,122 tontonan sehingga kini sejak dimuat naik semalam.
Menurutnya, pada awal dia sengaja membuatkan isteri kec3wa dengan ‘berlakon’ melupakan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka.
Namun, pada jam 4.30 pagi semalam, dia mengejutkan isteri yang sedang tidur dan mengajak keluar untuk sarapan pagi.
Rupa-rupanya, Hafiz telah membuat satu rancangan yang amat mengejutkan! Menaiki belon panas dengan suasana yang sangat romantik.
“Hari ini, abang tak ada beli hadiah. Abang tau awak mungkin mampu beli jika ia melibatkan wang ringgit. Tapi hari ini, abang nak bagi awak satu kenangan yang tidak boleh dibeli dengan nilai apa pun.
“Kita naik ke atas bersama dan lihat pemandangan dari atas. Dalam waktu hati kita saling merindui, kita nampak impian kita pada masa depan. Impian abang adalah Ainaa, mengangkat darjat seorang wanita untuk berjaya dunia akhirat dan pastikan orang di sebalik nama awak itu mencapai ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’.
“Terima kasih kerana menjadi wanita dan ibu yang baik kepada abang serta anak,” tulisnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet ucapkan tahniah atas ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan pasangan bak merpati dua sejoli itu.
Sumber : Sinar via Soya Lemon, Ig @hafizmahamad
Leave a Reply Cancel reply