Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu dan Sarah berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Terbaharu, Shuib mendedahkan dia mempunyai bisnes Kopi Shuib sebelum munculnya kedai minuman jenama Bubble Bee Malaysia.
Menurut Shuib, 36, dia terpaksa menerima kenyataan apabila perniagaan kopi itu tidak dapat bertahan lama dalam pasaran.
Katanya, pada peringkat awal produknya hanya terjual sebanyak 3,000 daripada 10,000 kotak justeru dia memilih untuk berikan secara percuma sahaja.
“Setelah macam-macam yang saya buat. Semuanya buat sendiri, buat tanpa pengetahuan, buat pakai hentam je, KOPI SHUIB yang mulanya ada stokis, ejen semuanya hilang dan senyap macam tu ja.
“Walaupun pada dasarnya #KOPISHUIB ni sangat berkualiti, tapi saya kena terima kenyataan tanpa team yang bagus, pemasaran yang bagus, platform yang bagus, sesuatu produk mungkin tak akan boleh bertahan lama dalam pasaran.
“Kopi yang saya pesan pada peringkat awal 10,000 kotak hanya terjual 2000-3000 kotak sahaja. Itu pun ada yang pulangkan balik.
“Masa tu Mertua ada buka restoran dekat Kuala Selangor, jadi saya cuba juga letak dekat situ untuk jual, sampai buat sale kaw sebab masa tu dah risau tarikh luput produk dah dekat.
“Sale pun orang taknak beli sangat!!! Bayangkan!! Sampai satu tahap saya sedekah kan ja pada siapa yang nak.
“Bagi kat orang percuma sebab masa tu dah putus asa dah! Lagi sedih nak bagi percuma ada yang tak nak.
“Sedihnya Tuhan ja yang tau. Berapa banyak masa yang dibuang, berapa banyak duit simpanan yang saya habiskan.
“Saya gunakan semua duit yang saya dapat dari show, shooting, buat program, duit menang Maharajalawak.. semuanya habis!!!!!” tulisnya di Instagram (IG).
Tambah suami kepada penyanyi Siti Sarah, dia dan isteri tidak mampu untuk berbuat apa-apa sehinggalah tarikh luput tiba.
Kata pemilik nama Shahmira Muhamad, kenangan paling sedih adalah dia terpaksa memanggil lori datang untuk membuang kopi itu ke tempat pelupusan sampah.
“Dan klimak sedih adalah bila semua kopi saya bawa balik rumah di Puchong, saya letakkan dalam satu bilik dan memang penuh dengan KOPI SHUIB yang menantikan tarikh luput tiba.
“Masa tu kami suami isteri hanya mampu tengok kopi tu mereput depan mata, tak tau nak hantar ke mana, nak buat apa dengan kopi tu.
“Sarah adalah orang paling sedih sebab masa tu kami dah ada anak, baru nak mulakan hidup, tapi duit yang ada kami habiskan untuk buat KOPI SHUIB.
“Dan bila tiba tarikh luput KOPI SHUIB, itulah saat paling sedih dalam hidup kami suami isteri, saya terpaksa hubungi lori datang rumah dan buang kopi ke tempat pelupusan sampah.
“Hancur hati kami suami isteri. Apa yang diimpikan tak menjadi kenyataan, segala usaha seolah sia-sia.
“Tapi saya sentiasa sabar dan yakin dengan perancangan Allah. Biar pun tak berjaya tapi pasti masanya akan tiba.
“Jangan pernah berhenti untuk mengejar apa yang kita impikan. Allah Maha besar, Allah tahu yang terbaik untuk kita.
“Kini KOPI SHUIB tinggal menjadi kenangan buat saya dan isteri..Kopi penuh kenangan,” tulisnya lagi.
Sumber: Gempak, Ig @shuibsepahtu
Leave a Reply Cancel reply