“Mungkin Pakwan Kena Jangk1tan Sebab…” – Datuk Alif Satar Turut Positif C0vid-19

Datuk kepada penyanyi Alif Satar yang kini berusia 91 tahun antara ahli keluarga yang turut disahkan positif C0vid-19 pada Sabtu lalu.

Kongsi Alif menerusi Instagram, datuknya, Mohamad Che Noh kini dirawat di Hospital Sungai Buloh iaitu lokasi sama tempat ibu, bapa dan adik bongsu Alif dirawat.

“Pakwan (datuk) saya, 91 tahun juga pesak1t C0vid-19. Saya minta tolong semua untuk doakan agar Pakwan saya terus kuat dan dikurniakan kesihatan seperti biasa. Semoga Allah merahmati kalian semua.

“Terima kasih warga barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh kerana menjaga keluarga saya dan semua pesak1t Covid-19. Anda semua sudah jalankan tugas dengan baik,” katanya.

Memetik kenyataan isteri Alif, Sha Dila Hadid kepada Harian Metro, datuk Alif tidak menunjukkan sebarang simptom penyak1t kr0nik sebelum ini.

“Pakwan pun disahkan positif pada Sabtu lalu. Dia tidak ada apa-apa sak1t kr0nik, cuma jalan saja kena pimpin atau pakai tongkat.

“Mungkin Pakwan terkena jangk1tan sebab semua bergilir-gilir menjaga dia. Kasihan juga apabila dia kena,” katanya.

Perkongsian Alif Satar itu mendapat perhatian daripada warganet.

 

Sumber: Harian Metro via Gempak 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*