Terima Keputusan Swab Test, Ini Luahan Shiha Zikir

Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa syukur apabila menerima keputusan negatif dalam ujian saringan atau swab test C0VID-19 yang dilakukannya baru-baru ini.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah video di entri akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Shiha, walaupun mendapat keputusan negatif, namun dia terus mengambil langkah berjaga-jaga.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah saya dah dapat keputusan swab test saya, syukur Alhamdulillah saya negatif dan apapun, saya masih ambil langkah berjaga-jaga.

“Kita doakan kepada yang dijangk1ti w4bak C0VID-19 dan kepada Aliff Satar supaya cepat sembuh.

“Walau apapun, kita semua haruslah menjaga SOP dengan sebaiknya, stay safe everyone!” katanya dalam video tersebut.

Dalam pada itu, Shiha turut berkongsi slip keputusan ujian saringannya dalam perkongsian sama.


Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Shiha bersyukur dan mendoakan kesihatan yang baik untuknya.

Sabtu lalu, Shiha telah membuat persembahan di sebuah acara bagi mewakili Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk lagu 7 Nasihat.

Pada Ahad lalu, Alif Satar mengumumkan dirinya positif C0VID-19 dan dia telah membuat persembahan di SFMM pada Jumaat, sehari sebelum giliran persembahan Shiha.

Susulan k3s tersebut, kebanyakan rakan artis yang terlibat dalam program sama diminta untuk membuat ujian saringan C0VID-19.

Alif kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Melaka.

 

Sumber: Gempak, Ig @shihazikir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*