Bunga Citra Lestari atau BCL mengumumkan dirinya tidak lagi menjadi juri program pencarian bakat Indonesian Idol musim terbaharu.
Keputusan itu diambil penyanyi tersebut kerana ingin membangunkan semula kekuatan dirinya yang hilang selepas kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair yang men1nggal dun1a pada Februari lalu.
“Taking my time.. Building my strength,” katanya dalam akaun Instagramnya, semalam.
Pada kemas kini yang sama, BCL juga memberi semangat buat teman juri yang lain dan ucap selamat agar musim baharu ini berjalan lancar.
“Wishing everyone the best of luck @indonesianidolid @maiaestiantyreal @ari_lasso, @jud1ka, @ananghijau @itsrossa910 @boywilliam17 @fabian.dharmawan @dini.putri21.”
“Selamat melahirkan Idola baru,” tulisnya pada foto dirinya bersama hos program tersebut.
Musim baharu Indonesian Idol sendiri memulakan tayangan perdananya semalam (16/11/2020) dengan tema Idol A New Chapter.
Posisi BCL selaku juri digantikan oleh diva Indonesia, Rossa.
Pengumuman itu disambut baik oleh banyak sahabat dalam industri hiburan. Malah penulis novel terkenal, Asma Nadia juga meninggalkan komen agar BCL mengambil sebanyak masa yang diperlukan untuknya kembali bangkit.
Selain BCL, pengacara yang telah bersama Indonesian Idol selama 10 tahun, Daniel Mananta juga meninggalkan program realiti tersebut. Tempatnya digantikan oleh Boy William.
Sumber: Gempak, Instagram: @bclsinclair
Leave a Reply Cancel reply