Sesiapa sahaja yang mampu mesti mahu melakukan yang terbaik untuk siapa dan apa jua yang mereka sayang. Berhabisan duit itu belakang kira. Kalau mampu apa salahnya.
Itulah yang dikongsikan oleh Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan ketika berkongsi cerita di Instagram miliknya.
“Saya nak beli katil siang (day bed) untuk emak saya dalam bilik tv di tingkat atas. Selalunya dia akan tengok TV dan tertidur. Jadi tak perlulah dia tidur di sofa tetapi hanya pindah ke katil yang ada dan tidur dengan selesa tanpa perlu nak turun ke bawah ke bilik dia.
“Kasihan tengok emak kita dah tua, sak1t pulak tu tak larat so I decided to get a bed for her la. Kalau saya perlukan tidur sekejap waktu tengahari, saya pun boleh tidur di bilik TV juga, tak payah nak tidur di bilik tidur utama.
Tambah Chef Wan, tak perlulah katil besarnya bersepah hanya untuk tidur sekejap dan dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik apabila tidak perlu membuka penghawa dingin kerana bilik tidur utamanya besar.
Namun bukan itu sahaja yang dibeli oleh Chef Wan. Ramai pasti terkejut apabila dia turut membeli katil bayi (baby cot), tetapi untuk siapa?
“By the way i also saw this baby cot in the shop too. Jadi saya beli juga katil ni untuk kucing kesayangan saya, Jade. Nanti bila Neil dah sampai, dua-dua boleh kongsi katil ni lah.
“Jangan berper4ng sudah. Am I crazyy to get this for my cat? Dah sayang punya pasal! Macam la perpatah kata, Sayang kan anak kita tangan-tangan kan. Sayang kucing habis semua kita beli kan!” seloroh Chef Wan.
Alahai, untungnya jadi kucing Chef Wan!
Sumber: Gempak, Ig @_chefwan58
Leave a Reply Cancel reply