Pelakon dan usahawan Fizo Omar telah menghadiahkan ibunya, Hasnah Jidin sebuah skuter elektrik.
Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol bin Wan Omar, 35, kenderaan itu boleh digunakan ibunya untuk pergi ke surau.
Pelakon drama Pengantin Satu Malam itu juga sanggup mengetepikan daripada membeli gajet yang sedang menjadi keg1laan ramai orang iaitu Iphone 12 dan PlayStation 5.
“Semoga perasaan Mama sama macam apa yang aku rasa waktu Mama belikan basikal masa dulu-dulu.
“Hmmmm…Iphone 12, PS 5? Nanti la dulu.. Bila Mama gembira, dia boleh bawa pergi surau, makin kuat dia berdoa makin bertambah rezeki.
“Bukan setakat Iphone dan ps5, dengan kedai-kedai sekali boleh beli. Ameen insya-Allah,” tulisnya.
Perkongsian di Instagram (IG) itu turut memuat naik foto bersama ibu dan anak perempuannya, Wan Maryam.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji melihat layanan Fizo terhadap ibunya malah ada yang menjadikan contoh.
Sumber: Gempak, Instagram @fizoomar
Leave a Reply Cancel reply