Sudah menjadi kelaziman, mereka yang bergelar suami isteri akan saling mengikuti pasangan masing-masing di media sosial.
Bahkan, jika ada antara yang tiba-tiba tidak ‘follow’, barangkali situasi tersebut mungkin membuatkan ada yang beranggapan terdapat hal yang tidak kena dengan rumah tangga mereka.
Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan pelakon Amar Baharin yang ‘b1ngung’ selepas mendapati dia tidak lagi mengikuti isterinya di Instagram baru-baru ini.
Amar mendirikan rumah tangga dengan Amyra pada 2016. Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata Aqeef Anaqi, 2 dan Ayra Aryssa berusia sembilan bulan.
“Sekarang ini aku musykil..macam mana aku boleh tak follow isteri aku sendiri?
“Sedangkan selama ini aku follow je dia pergi mana-mana,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Dalam hantaran tersebut Amar turut berkongsi paparan tangkap layar akaun Instagram isterinya yang tanpa sengaja tidak diikutinya.
“Kalau anda hebat, cuba senaraikan beberapa perkara yang menyebabkan kita ter’unfollow’ mungkin dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Perkongsian Amar itu kemudian mendapat reaksi daripada isterinya sendiri yang mempersoalkan ‘ins1den’ tersebut.
“Hmmm Amyra Rosli mana yang daddy follow selama ini? Mengaku cepat!,” tulis Amyra di ruangan komen.
Komen Amyra itu kemudian menerima lebih 800 tanda suka dalam kalangan netizen.
Rata-rata cuba berseloroh situasi tersebut mungkin menyebabkan Amar terpaksa tidur di luar.
Pada masa sama, rata-rata netizen juga mengakui pernah berdepan situasi sama yang menyifatkan mungkin terdapat ganggvan pada sistem media sosial tersebut.
Bahkan, rakan artis, pelakon Nad Zainal juga mengakui pernah berdepan masalah sama.
“Pernah terjadi, bersengk3ta kejap @faliqamirudin,” komen Nad.
Amar kemudian mengakui kepada Nad situasi itu boleh mengundang masalah yang tidak diingini.
“Punca keret4kan betullah” tulisnya.
Sumber: Gempak, Ig @amarbaharin
Leave a Reply Cancel reply