Muat Naik Foto Bersama Seorang Lelaki, Netizen Doakan Uyaina Arshad Cepat Kahwin

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 bersama orang tersayang termasuklah penyanyi Raja Syahiran.

Menerusi laman sosial Instagram, Uyaina berkongsi beberapa keping foto sambutan hari jadinya yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota.


Meraikannya bersama teman-teman kesayangan, Uyaina turut memberikan satu hantaran istimewa ditujukan pada Syahiran untuk tujuan penghargaan.

“Sebelum hari ini berakhir, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jiwa indah ini. Kerana menjadi seorang yang sangat sweet dan manusia paling caring yang saya pernah kenal. Saya berterima kasih kerana berkongsi hati emas awak dan saya doakan kebahagiaan dan kejayaan buat awak.

“Awak memang seorang yang sangat baik. Semoga sentiasa berada di dalam pelukan Allah. Dan semoga dapat menjadi anak yang terbaik dalam keluarga. Thank you, Kiev,” tulis Uyaina sebagai kapsyen.


Tidak hanya ucapan manis, Uyaina turut ‘tagged’ nama Instagram Syahiran tepat di hatinya.

Dalam laporan Gempak bertarikh 11 September lalu, pasangam ini mengakui sedang mengenali hati budi.

Terdahulu, dakwaan mengatakan Uyaina dan Syahiran menjalin hubungan timbul selepas mereka sering berbalas komen mesra di laman Instagram.

Menguatkan lagi khabar angin, mereka tampil berdua ke majlis resepsi perkahwinan Mira Filzah dengan menyarungkan busana sedondon.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar pasangan ini bertemu jodoh.

Malah, ramai juga yang meminta Uyaina dan Syahiran agar segera berkahwin.

 

 

Sumber: Gempak, Instagram @uyainaarshad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*