Suami Ke Syria, Ini Kata-Kata Yatt Hamzah

Pelakon Yatt Hamzah memaklumkan suaminya, Mohammad Zulfadhli Khairuddin dipanggil untuk menyertai misi kemanusiaan musim sejuk di Syria.

Menurut Yatt misi kali ini agak berisik0 kerana ia dijalankan ketika pandemik Covid-19 sedang mengg4nas di seluruh dunia.

“Suami saya dipanggil ke Syria lagi untuk misi kemanusiaan musim sejuk. Misi November 2020 kali ini luar biasa sikit kerana ia dilaksanakan di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang masih belum surut, dan terpaksa ambil masa yang panjang dari biasa,” katanya.


Yatt berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama, dia memuat naik foto suaminya bersama dua bagasi sebelum berangkat ke sana.

Kata Yatt, meskipun ia agak membah4yakan diri suaminya, namun dia merelakan demi membantu umat Islam yang memerlukan.

“Walaupun berdepan pelbagai risik0 bah4ya, namun kerja-kerja membantu ummah perlu diteruskan.

“Dari awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang pertama bermula bulan Mac 2020 lagi, dia dan team @mapimofficial jarang sekali duduk rumah.

“Pusing satu Malaysia sebagai frontliner untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan akibat pandemik.

“Sekarang tiba masa untuk membantu rakyat Syria pula yang memang sentiasa dekat di hatinya dan hati saya juga. Kasih kami terhadap saudara Islam di Syria dan Palestin memang luar biasa setelah banyak pengalaman berada di bumi para Anbiya itu,” katanya lagi.

Yatt turut meminta semua mendoakan agar perjalanan dan misi suaminya diselamatkan.

“Sebelum itu, saya mohon sangat doakan suami Mohd Zulfadhli Khiruddin dan teamnya, selamat pergi dan pulang, dan peng0rbanannya meninggalkan anak-anak dan isteri demi panggilan jihad ini diredai dan diberkatiNya,” pintanya.

Terdahulu, Zulfadhli terpaksa menangguhkan pemergian ke Syria pada Januari lalu untuk berada di sisi Yat yang itu ketika melahirkan anak keempat mereka.

Sekadar info, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Dalam perkahwinan kedua Yatt itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha.

Sementara dalam perkahwinan pertamanya yang terdahulu, Yatt mempunyai seorang lagi anak iaitu Suci Hanania Malika.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @yatthamzah_suci

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*