Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Sebelum ini, pasangan tersebut mendedahkan bakal menimang pasangan kembar kedua mereka pada tahun ini.
Terbaharu, Dr. Sheikh Muszaphar memaklumkan bahawa isterinya yang kini mengandung bayi kembar terpaksa ditah4n di wad sebuah hospital hari ini.
Menurut Muszaphar, isterinya, Datin Dr. Halina kini perlu dipantai secara rapi berikutan bacaan tekanan dar4h dan gulanya tidak berapa stabil.
“Kandungan Dr. Halina kini sudah berada pada 34 minggu, Alhamdulillah.
“Mal4ngnya, dia terpaksa dimasukkan ke wad hari ini untuk pemantauan rapi berikutan bacaan tekanan dar4h dan paras gula tinggi yang mengakibatkan dirinya mengalami pembengk4kan.
“Mengandung anak kembar, horm0n tidak akan stabil dan perlu dikawal,” katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Muszaphar memuat naik video dirinya bersama isteri menjalani ujian saringan Covid-19 yang menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke wad.
“Bertabah sayang, Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan. Doakan kami ya,” corentnya.
Di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar segala urusan Muszaphar dan isterinya bagi menimang anak kembar kedua mereka dipermudahkan.
Sumber: Gempak, Ig @drsheikhmuszaphar
Leave a Reply Cancel reply