Isteri penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah iaitu Zai Izzati Khiruddin selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka kira-kira pukul 4 petang Rabu.
Jamal, 61, berkata, isterinya melahirkan bayi lelaki seberat 3.05 kilogram secara pembed4han di sebuah pusat pervbatan di Ipoh, Perak.
“Alhamdulillah.. atas rezeki yang dikurniakan Allah ini. Terkedu saya melihat wajah anak, putih sungguh.
“Kali ini perasaan gemuruh tu tak tahu nak cakap. Saya pula sibuk malam sebelum tu dengan konsert tiba-tiba dapat berita gembira ni, hilang semua pen4t,” katanya kepada mStar.
Penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu memilih nama El Issac Yamani cahaya mata keempatnya.
Dalam pada itu, Jamal berkata, dia memilih 11 November bagi isterinya menjalani pembed4han kerana tarikh itu sangat istimewa dan mudah untuk diingati.
“Mudah sik1t nak ingat tarikh-tarikh yang cantik ni, jadi kami memilih pembed4han bagi melahirkan bayi lelaki ini pada 11 November.
“Begitu juga puteri sulung kami Nur Azura Yamani juga dilahirkan pada tarikh yang cantik pada 10 Oktober 2019, ” ujarnya.
Jamal Abdillah dan Zai Izzati Khiruddin mendirikan rumah tangga pada April 2017 dan kini memiliki sepasang cahaya mata.
Jamal turut dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani, 19 dan Ahmad Zaki Yamani, 14 menerusi perkahwinan terdahulu.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply