Baru Sahaja Ardell Aryana Ke Sabah, Nadzmi Adhwa Luah Sesuatu Di Instagram

Pelakon Nadzmi Adhwa menyedari bukan mudah untuk membesarkan anak yang masih kecil bersendirian tanpa bantuan isteri, Ardell Aryana.

Nadzmi, 28, berkata, pengalaman menjaga anak perempuan yang kini berusia enam bulan ketika isterinya mengikuti misi bantuan di Sabah membuatkan dia lebih menghargai peng0rbanan seorang ibu.

“Berpeluh-peluh macam joging nak bagi susu kat anak… baru tahu bukan senang jaga anak ni.


“Selalu lepas kat isteri kita je! Betapa hebatnya peng0rbanan seorang ibu dan isteri kita.

“Tapi jangan lupa dasyatnya semangat seorang ayah #sindrombapakbapak,” katanya menerusi Instagram pada Rabu.

Pada Sabtu lalu, isterinya yang juga pelakon Ardell Aryana menyertai Misi Bantuan Kecemasan ke Sabah.

Ardell yang juga Ikon Misi Kemanusiaan My Fund Action berlepas ke Tawau bersama dua lagi aktivis kemanusiaan bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat Covid-19.

Sementara itu, pelakon drama Hati Perempuan ini turut meminta Ardell kuatkan semangat dan mengabaikan komen negatif netizen yang mempertika1kan tindakannya menyertai misi bantuan tersebut.

Ujarnya, sebagai suami dia lebih mengetahui niat isterinya itu dan sentiasa memberikan sokongan dalam apa jua keadaan.

“Apa pun orang kata fasal kita hanya saya tahu niat awak Ardell. Jangan risau tentang kami! Kami semua baik. Kami sentiasa di belakang awak.

“Teruskan membantu mereka yang memerlukan. Jangan bersedih, tetap dengan niatmu walau apa dvgaan melanda.

“Maafkan lisan mereka, mereka tidak tahu. Semoga Allah reda!” ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun lalu.

Komen netizen:

Sumber: Gempak, Ig @nadzmiadhwa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*