“Apa Salah Akak?” – Noorkhiriah Terkejut Terima Mesej Ugvtan

Selepas Syafie Naswip, pelakon Noorkhiriah pula mendedahkan menerima ugvtan menerusi kiriman mesej langsung (DM) di Instagramnya.

Kata Noorkhiriah, dia tidak mengenali pengguna terbabit namun telah merakamkan foto yang dimuatnaik di ruangan Instagram Stories pemiliknya untuk tindakan lanjut.


“Apa salah akak? Akak tak kenal kau dik. Tapi akak boleh tertengok IG Story kau tadi.

“Sempatlah akak snap gambar kau dik. Dengan artis famous tu. Tapi tak payahlah akak post kat sini. Akak simpan yer,” tulis Noorkhiriah yang turut memetik akaun Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Menerusi paparan skrin yang dimuatnaik di Instagramnya, pengguna terbabit mengvgut untuk mengupah b0moh dan mahu menghantar sant4u kepada Noorkhiriah.

“Kau ingat ni, kau tunggu bila-bila masa. Aku boleh upah b0moh untuk sant4u kau. Ni bukan benda main-main aku serius,” tulis pengguna itu.

​Bagaimanapun, posting terbabit telah dipad4mkan oleh Noorkhiriah pada pagi Khamis.

Difahamkan, akaun terbabit merupakan akaun palsu yang sama digunakan untuk menghantar mesej ugvtan kepada pelakon Syafie Naswip awal minggu ini.

Dalam kiriman mesej kepada Syafie, pelakon itu mendedahkan dia divgut pengguna terbabit untuk membomohkan atau menghantar santuu kepadanya.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @khiriah17

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*