Pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew sekali lagi membuatkan ramai tersentuh apabila menziarahi sebuah rumah usang yang didiami seorang warga emas berusia 70 tahun.
Terletak di Tumpat, Kelantan, rumah berkenaan kelihatan sungguh usang dengan bahagian atap yang bocor serta lantai hampir roboh.
Menurut Ebit, rumah berkenaan sungguh kecil dan segalanya dibuat di ruang tamu termasulah tempat tidur, masak mahupun kerja-kerja mengupas ikan bilis.
Jelasnya, dia kemudian mengambil inisiatif untuk membantu menyiapkan rumah nenek tersebut dengan lebih sempurna.
“Alhamdulillah pagi ini dapat bantu bawa kayu, zink, dan keperluan buat rumah untuk nenek ini berumur 70 tahun.
“Makcik ini menangis, katanya setiap hari 12 tahun berdoa nak bagi ada rumah dan tempat solat sempurna jer.
“Tangisannya buat saya rasa sebak sayu. Saya minta beliau doakan saya. Syukur tadi bersama orang tempatan dan rakan yang lain dapat membantu makcik ini.
“Ya Allah tuhanku sedih rasanya,” katanya.
Tambah Ebit lagi, dia juga sudah membayarkan upah tukang rumah dan kerja menaik taraf mungkin mengambil masa 10 hari.
“Kerja dah dimulakan, Insya-Allah 10 hari ini boleh siap semuanya.
“Makcik ini gembira sangat. Beri juga sedikit sumbangan belanja tadi,” katanya.
Kisah tersebut dikongsi Ebit menerusi beberapa posting di Facebooknya semalam.
Sumber: Gempak, FB Ebit Lew
Leave a Reply Cancel reply