“Gigih Rentas Negeri Demi…” – Abby Abadi Selamatkan Bayi Nak Dibvang

Pelakon Abby Abadi sememangnya cukup terkenal dengan misi kemanusiaannya dalam membantu menyelamatkan bayi dan menyerahkan kepada insan yang mahu mengambilnya sebagai anak angkat.

Terbaharu, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 43, berkongsi berita gembira apabila dapat menyelamatkan seorang lagi bayi yang ingin di buang di Kota Bharu, Kelantan.

Bayi tersebut kemudian diserahkan kepada bakal keluarga angkatnya di Kuala Terengganu, Terengganu.

“Alhamdullillah Syukur. Suami saya berjaya bawa kereta dari Kota Bharu 11.30 malam, sampai ke Kuala Terengganu pukul 1.30 pagi. Kuat betul kesayangan saya ni, saya mengantuk dah, tapi tidur-tidur ayam sahaja sebab pegang baby kan.

“Berjaya memberi kebahagiaan kepada sepasang lagi pasangan yang belum dikurniakan anak walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam posting tersebut Abby turut memuat naik gambar dirinya bersama pasangan tersebut.

Katanya, pasangan tersebut sudah berdepan sebanyak tiga kali masalah kegvguran.

“Tiga kali gugvr katanya tak ada rezeki. Terakhir, terasa sangat sebab dah enam bulan setengah. Tapi itulah, nak buat macam mana. Akhirnya Allah izinkan rezeki anak dengan jalan yang berbeza.

“Saya nasihatkan usahalah untuk susukan. Ambillah sunt1kan atau makan vbat asal bayi dapat menyusu sekurang-kurangnya lima kali kenyang yea. Senang nanti bila besar,” ujarnya.


Di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Abby yang sanggup bersusah payah dalam membantu pasangan yang mengimpikan zuriat.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @abby_abadi112

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*