“Pernah Tak Cukup Belanja Rumah Sehingga Terpaksa…” – Farah Lee Buka Mulut Kisah Keluarga

Bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee mengakui bahawa dirinya bukanlah datang daripada sebuah keluarga yang senang.

Bahkan, Farah yang juga merupakan personaliti media sosial itu mendedahkan keluarganya juga pernah mengalami kesempitan wang sehingga terpaksa meminjam.

“Saya datang bukan daripada keluarga senang. Pernah kami tak cukup belanja rumah terpaksa pinjam duit keluarga lain.

“Masa kami sekolah Mama meniaga juga sikit-sikit buat donut lah, kayu keramat lah, kacang sira lah, nak tambah pendapatan Papa yang tak menentu sebagai kontraktor tu, nak buat belanja sekolah anak-anak lima orang ni,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Begitupun, jelas Farah, ibu bapanya yang cukup mementingkan pendidikan anak-anak itu jugalah yang membuatkan dia kini sekeluarga mampu hidup lebih selesa.

“Satu saya nampak ibu bapa saya ni, mereka sangat tak berkira untuk belanja pendidikan anak-anak.

“Saya jenis suka pergi tuisyen, mereka kerja ekstra untuk bayar yuran tuisyen. Sabar ulang-alik memandu yang mana jauh jugalah tempatnya.

“Balik tuisyen saya tolong Mama bungkuskan makanan untuk jual produk sejuk beku. Berkat peng0rbanan mereka, anak-anak alhamdulillah dapat selesakan sikit kehidupan mereka sekarang,” katanya.


Atas sebab itu jugalah kata Farah, dia kini lebih cenderung untuk melibatkan diri dengan misi kemanusian dan aktiviti kebajikan selain cukup prihatin dengan pendidikan dalam kalangan kanak-kanak.

“Saya pernah nampak kegigihan keluarga nak cari duit untuk pendidikan. Saya nampak kesan pendidikan yang mampu naik tarafkan hidup seseorang dari segi kewangan, cara berfikir, kemahiran sosial dan kemahiran insaniah dan lain-lain lagi.

“Jadi saya rasa seperti bertanggungjawab dan rasa kasih untuk bantu mereka yang mungkin sedang struggle juga sekarang. Yang takde akses, kapasiti dan peluang untuk mendapatkan pertolongan untuk pendidikan lebih baik,” katanya.

Farah merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan Maream Esabell yang berusia enam tahun.

Selain Farah yang pernah menyambung pengajian di United Kingdom dan Korea Selatan itu, adiknya, Aiman Romli juga kini menuntut di Jerman dalam jurusan kejuruteraan.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @farahlee_

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*