Pusara Ditabur Kelopak Mawar, Bunga Citra Lestari Kenang Tarikh Ulang Tahun Perkahwinan Bersama Ashraf

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari dan Ashraf telah mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Jakarta, Indonesia.

Namun begitu, Ashraf dilaporkan men1nggal dun1a secara mengejut akibat ser4ngan jantvng pada 18 Februari 2020.


Terbaharu, Bunga Citra Lestari mengenang tarikh ulang tahun perkahwinan bersama arw4h suaminya, Ashraf Sinclair semalam.

Jika Ashraf masih ada, pasangan romantis ini sepatutnya merayakan ulang tahun ke 11 mereka pada tanggal 8 November.

Menerusi Instagram, Bunga yang sudah jarang memuat naik aktiviti atau foto terkininya sejak pemergian Ashraf berkongsi beberapa foto dan video momen manis yang pernah dirakam bersama suaminya.

Ia kemudian diikuti sekeping foto dirinya mengunjungi pvsara Ashraf yang men1nggal dun1a pada Februari lalu.

“Selamat ulang tahun,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen di sebuah entri yang memaparkan dirinya menziarahi pvsara Ashraf dan memenuhinya dengan kelopak mawar.


Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut berasa sayu melihat foto tersebut, mereka juga mengucapkan selamat ulang tahun dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

 

Sumber: Gempak, Ig @bclsinclair

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*