Pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin mendedahkan dia sempat merasai nikmat menjadi ibu sebelum alami kegvguran.
Menurut Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Sharifuddin, 36, kandungannya tidak kuat dan berlaku pendar4han.
“Allah bagi rasa nikmat jadi Ibu tu minggu lepas tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh “rasa “ itu.
“Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyaallah dia punya gembira tu tak tau nak kata, sebab dah lama menanti.
“Tapi kandungan tak kuat dan b1eeding. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana . Terduduk seketika,” katanya.
Elizad berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.
Penyampai radio Sinar itu difahamkan hamil selepas menjalani sesi rawatan kesuburan perseny4waan in-vitro (IVF).
Pun begitu, Elizad tetap bersangka baik dan tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata.
Elizad dijadualkan untuk menjalani rawatan IVF seterusnya pada Januari 2021.
“Tak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying.
“See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my IVF journey,” beritahunya.
Elizad menjalani sesi IVF pada 21 Oktober lalu di sebuah hospital swatsa.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.
Perkongsian Elizad itu mendapat pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata mendoakan agar Elizad terus kuat hadapai ujian ini.
Sumber: Gempak, Ig @elizadsharifuddin
Leave a Reply Cancel reply