“Mak bapa hantar belajar jauh-jauh, balik Malaysia sumbat tauhu bergedil je?”
Demikian kata-kata sind1ran yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita yang melanjutkan pengajian di luar negara.
Wanita berkenaan, Nor Hafizhatul Haq Mohd Ruslan berkata, dia belajar di Universiti of Derby di Derby, England dari 2015 sehingga 2017.
Berkongsi pengalamannya, dia sebenarnya tawar hati belajar dalam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Seni Bina pada tiga minggu pertama menjejakkan kaki ke negara asing itu.
“Masa tu saya rasa nak packing beg nak balik Malaysia. Saya men4ngis sebab tak ada hati untuk belajar dalam jurusan ni, tapi peluang itu diambil kerana pengajian atas tajaan.
“Tapi mak dari jauh berpesan kepada saya untuk terus bertahan, banyakkan doa agar diberikan kekuatan. Saya fikir, kalau mak boleh besarkan saya dengan baik sehingga ke hari ini, takkan saya tak boleh bertahan untuk mak ayah,” katanya kepada mStar.
Lebih mesra disapa Hafizha, katanya, dia meneruskan pengajiannya atas sokongan ibu bapa, sambil menggunakan masa lapang dengan memasak makanan Malaysia sepanjang berada di negara itu.
“Saya ni dari kecil memang minat memasak. Rindu saya pada Malaysia terutama mak ayah cukup kuat dan bagi mengubati kerinduan, saya banyak masak untuk rakan-rakan dari pelbagai negara yang turut belajar di sana.
“Ada rakan saya yang merindui masakan ibunya apabila merasai masakan ayam masak merah saya meskipun negaranya tiada hidangan itu,” ujar anak kelahiran Kuantan, Pahang itu.
Kembali ke tanah air, dia hanya bertahan selama beberapa bulan di sebuah syarikat sebelum memutuskan untuk menjual tauhu berdegil secara kecil-kecilan.
Anak keempat daripada enam beradik itu mengakui tindakannya itu menimbulkan cakap-cakap berbavr sin1s dalam kalangan jiran termasuk kenalan ibu bapanya.
“Ada makcik-makcik bawang kata saya gagal belajar di overseas, sebab itulah saya balik kampung jual tauhu bergedil.
“Mulanya malas nak layan. Tapi ger4m juga dengan makcik-makcik bawang, jadi saya post (muat naik) gambar saya konvo di universiti di Facebook, dengan harapan mereka nampaklah saya yang dah tamat pengajian dan bukannya gagal,” katanya.
Mengenai jualan tauhu bergedil, Hafizha berkata, dia berniaga secara COD (pembayaran tunai secara serahan) di sekitar Kuantan.
“Pada peringkat permulaan sebanyak 2 hingga 3 kilogram kentang yang saya gunakan sehari. Dan Alhamdulillah sambutan menggalakkan sehingga 70 hingga 80 kilogram.
“Disebabkan permintaan tinggi, saya memutuskan untuk membuka sebuah restoran di Kuantan yang turut menjual masakan Melayu selain tauhu bergedil,” tambahnya.
Sehubungan itu, Hafizha menjelaskan bahawa seseorang itu perlu melakukan sesuatu kerana minat disertakan usaha.
“Tak bermakna kita belajar bidang tu, kita kena kerja bidang sama juga selepas habis belajar. Rezeki itu daripada Allah dan rezeki itu ada di mana-mana sekiranya kita tidak berputus asa dan berusaha,” katanya.
Sumber:Mstar
Leave a Reply Cancel reply