Pelakon Abby Abadi memaklumkan dia memerlvk4n bayi yang tidak mampu dipelihara oleh ahli keluarga.
Kata Abby apa yang dilakukan adalah demi untuk menjamin masa depan yang baik untuk bayi yang dilahirkan.
“Saya memerlvk4n bayi yang tidak mampu dipelihara. Macam pelik je bunyinyakan tapi itulah dia.
“Saya menyeru pada adik-adik, kakak-kakak, ibu-ibu yang tidak mampu menjaga bayi mereka. Jika segan untuk berurusan dengan jabatan-jabatan yang sepatutnya, boleh berurusan dengan saya untuk saya berikan masa depan yang lebih baik buat bayi itu.
“Tak kisah warganegara atau bukan warganegara, asal dari manapun, sama ada sah atau tidak sah.
“Saya akan usaha untuk bantu mendapatkan penjaga yang baik dan mampu menjaga dengan penuh tanggungjawab.
“Yang sudah lahir dialu- alvk4n. Kalau belum lahir kita bincang dan rancang awal ye. Mesej saya secara peribadi,” katanya.
Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji usahanya serta mendoakan urusannya itu dipermudahkan.
Terdahulu, Abby membantu ramai ibu bapa untuk mendapatkan anak angkat dari penjaga yang tidak mampu memelihara anak mereka.
Abby juga mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang masing-masing berusia 2 tahun serta Maira Darda Farisa yang baru berusia 6 bulan.
Sekadar info, Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun men1ngg4l dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Menerusi perkahwinan pertamanya bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.
Perkongsian Abby itu telah mendapat perhatian daripada warganet.
Sumber: Gempak, Ig @abby_abadi112
Leave a Reply Cancel reply