“Contohnya Rumah Yang Saya Post. Sebenarnya, Itu…” – Pamer Kemewahan Di Media Sosial, Ini Pandangan Achey

Pelawak Achey tidak pernah menganggap dirinya sebagai individu yang sudah mencapai status kaya dengan segala aset termasuk rumah besar yang dimiliki seperti yang dikongsikannya di media sosial.

Begitupun, menurut Achey dia mengakui sudah melalui satu fasa kehidupan yang lebih selesa sahaja jika ingin dibandingkan sewaktu perjalanan awalnya sebagai anak seni.

“Saya belum kaya, tapi kalau nak kata senang itu, sudah.


“Senang ini ada dari pelbagai sudut. Kalau mak nak pakai RM200, senang (boleh dihulur), anak sak1t tak boleh pergi klinik kerajaan, terpaksa pergi swasta, senang yang begitulah,” katanya kepada Astro Gempak.

Jelas Achey lagi, kemewahan yang ditunjukkan di platform media sosial bukanlah ditayangkan dengan niat mahu mencanang kepada masyarakat.

Sebaliknya, kata Achey, tindakan itu hanyalah sebagai memenuhi tuntutan perjanjian bersama pelanggan untuk mempromosikan perkhidmatan yang diberikan kepadanya.

“Contohnya rumah yang saya post. Sebenarnya, itu hanyalah untuk bantu kontraktor yang pernah gagal sebab dit1pu. Jadi, macam mana boleh saya bantu dia?

“Dia ada kepakaran, saya pula gunakan populariti untuk bantu dirinya.

“Dia buat rumah saya dengan harga diskaun, jadi, saya janji akan promosikan perkhidmatannya sebaik siap. Ia hanya situasi win-win sahaja,” jelasnya.


Pada masa sama, kata Achey dia juga tidak mengambil pusing dengan kata-kata negatif netizen yang mungkin berasa kurang senang melihat tindakannya itu.

“Tak kisahlah netizen nak cakap apa. Tunjuk kekayaan ke apa. Sekarang artis ramai yang guna media sosial untuk buat review.

“Dulu dari rumah terbakar, tak ada anak, duduk flat, tiga empat tahun saya duduk flat, kemudian duduk rumah bawah biasa, orang tak bercerita pula.

“Mereka yang ikut perkembangan saya dari dulu, tahu macam mana susahnya saya dulu. Ia satu tempoh yang cukup panjang untuk saya sampai (ke taraf kehidupan) pada hari ini,” ceritanya.

Dalam pada itu, katanya, dia juga menasihati orang ramai agar tidak cepat menghvkum kehidupan senang golongan artis dengan 1su sc4mmer.

“Kaya je sc4m. Kita goyang juga (bila orang cakap). Sebenarnya, kita (artis) banyak kolaborasi. Kau bagi aku ni, aku review. Win-win lah. Bukan konsep ‘kau svntik dana, aku buat benda ni’,” jelasnya.

Sebelum ini, isv kekayaan golongan artis menjadi tumpuan netizen apabila terdapat beberapa individu dalam industri terpalit dengan dakwvan isv berkaitan sc4mmer.

 

 

Sumber: Gempak, Ig

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*