“Doakan Saya Insan Yang Penuh Dengan Kekhilafan Ini…” -Neelofa

Pengacara dan usahawan fesyen Neelofa tampil mengenakan niqab dalam satu entri terkininya di Instagram (IG).

Beberapa jam setelah memuat naik foto dirinya dengan penampilan baharu yang mendapat pujian ramai, Neelofa menuliskan isi hatinya terhadap penghijrahan yang baru dilakukan.


Dalam dua perenggan tulisan yang dimuat naik, Neelofa mengaku dirinya kini memilih untuk berniqab.

“Doakan saya insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari,” tulis Neelofa sebentar tadi.

Bersama penghijrahan penampilan baharunya itu, dia juga tak henti meminta doa agar keputusan yang diambil mampu mempertahankan istiqamahnya.

“Kirimkan juga buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi. Insya Allah semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsanNya,” tutup Neelofa.

Sebelumnya, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini turut berkongsi sebuah video menunjukkan penampilan terbaru anaknya itu yang menampakkan bahagian matanya sahaja.


“Masya-Allah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.

“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku, seluruh keluargaku dan seluruh umat Islam, amin. Love you bidadariku @neelofa,” tulis ibunya di ruangan kapsyen.

Neelofa menerusi IG Story turut meluahkan rasa sebak apabila menyaksikan reaksi ibunya sewaktu pertama kali melihatnya mengenakan niqab.

The moment she saw me in niqab @noorkartini. Insan teragung yang sentiasa berada disisiku di setiap langkah. I love you so much,” tulis Neelofa.

Neelofa juga turut memuat naik sekeping foto berniqab sambil memperagakan barangan kemas terbaru jenama terkenal, Swarovski.

Di ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji penampilan terbaru Neelofa.

 

Sumber: Gempak, Ig @neelofa, Ig @noorkatini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*