Penyanyi, pelakon, pengarah dan pengacara Datuk Afdlin Shauki mempunyai sebab tersendiri mengapa dia mengambil pendekatan untuk mengurangkan entri yang berbentuk komentari sosial dan politik di Instagram miliknya.
Pemergian orang-orang yang tersayang dalam tempoh yang dekat dan kerana usia yang semakin meningkat merupakan sebab utama Afdlin mengurangkan entri-entri tersebut.
“Di usia abang sekarang dan selepas pemergian ibu, ayah dan adik abang dalam masa yang sangat terdekat. Ada satu ins1den yang bermain di minda. Kerana berpemikiran positif yang bonda akan selamat dari pembed4han jantung yang di katakan rutin, abg tak sempat nak memohon maaf daripadanya sebelum beliau memasuki bilik bed4h.
“Dan semua tahu yang ibu abang telah pergi selepas pembed4han itu. Jadi realisasi paling besar bagi abang adalah kadang kadang kita ni lupa yg Allah SWT sudah set aj4l kita dan bila tiba masanya, positive macam mana minda kita pun takkan mengubah anything,” tulis Afdlin di Instagram miliknya.
Tambah Afdlin, dia juga ingin memohon maaf kepada sesiapa yang pernah rasa sak1t hati dan kepada mereka yang ada merasakan dirinya melakukan kesalahan.
“Apa yang abang buat sekarang adalah lebih kepada action more than words. Nak buat baik kita buat ajalah, social media ni adalah platform paling mudah kita membuat d0sa jika kita mengeluarkan pendapat dalam keadaan mar4h atau terf1tnah orang berdasarkan informasi tak tepat.
“Jadi korang akan tengok kerja abang saja di social media dan perkara-perkara happy dan personal abg sahaja. Kepada yang meng4ta atau memf1tnah abang, abang maafkan semuanya,” tulis Afdlin.
Tambahnya lagi, kita tidak akan tahu fakta yang sebenar kecuali kita nampak dengan mata kepala kita sendiri tentang sesuatu perkara yang terjadi.
“Jadi kita sangka baik saja semua benda yang tengah kec0h dekat social media macam k3s kawan-kawan kita yg berada dalam kesusahan. Jom kita buat media social ni tempat yang kita dapat ilmu dan berhibur secara baik. Diam tak bermakna lemah. Kekuatan datang dari kesabaran dan undang-undang Allah dan kehakiman di dunia,” tulis Afdlin lagi.
Ibu Afdlin, Allahy4rham Fadzillah Jelani men1nggal dun1a pada 15 Oktober 2018 di Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani pembed4han pintasan jantung pada 9 Oktober.
Adik bongsunya, Allahy4rham Jeffri Adzman, seorang penyunting video men1nggal dunia di Hospital Thomson Kota Damansara, Petaling Jaya selepas terbabit dalam kem1angan pada 9 Jun, 2019.
Bapanya, Allahy4rham Aksan Abu Bakar men1nggal dunia pada 11 Ogos 2020 selepas menjalani satu pembed4han di HUKM.
Sumber: Gempak, Ig @afdlinshaukiofficial
Leave a Reply Cancel reply