Penyampai radio dan pelawak Shuib berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja sebagai badut, semalam.
Menurut Shuib, lelaki yang cacat pendengaran dan bisu itu sangat teruja untuk berjumpa dengannya secara empat mata.
“Masa saya ke outlet baru Bubblebee di Mydin Meru Ipoh tengah hari tadi, ada seorang abang badut ni beria-ria kejar dan nak jumpa saya.
“Bila jumpa dia bagitau yang dia pekak dan bisu,” tulisnya di Instagram (IG).
Tambah suami kepada penyanyi Siti Sarah, pertemuan itu telah menyentuh hatinya kerana insan tersebut seakan faham dengan situasi yang sedang dialami sekarang.
“Walaupun saya tak berapa faham apa yang beliau cuba maksud dan sampaikan, tapi ianya sangat menyentuh hati saya.
“Beliau seolah-olah faham dengan apa yang sedang berlaku. Sesungguhnya tiada daya upaya hanya dengan pertolongan Allah swt.
“Semoga abang badut sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin,” tulisnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Shuib membantu menterjemahkan perbualan lelaki tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengvbahan wang h4ram.
Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi semalam.
Sementara itu, pihak syarikat pengurusan mengesahkan Shuib memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM).
Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah sekadar menemani suaminya.
S1asatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Har4m (AMLA) SPRM.
Sumber: Gempak, Ig @shuibsepahtu
Leave a Reply Cancel reply