Achey, Nabil Sumbang RM15,000

Dua pelawak terkenal, Achey dan Nabil Ahmad memberi sumbangan sebanyak RM15,000 kepada Makmal Penyelidikan K4nser Universiti Putra Malaysia (UPM)- Majlis K4nser Nasional (MAKNA) (CANRES).

Sumbangan tersebut diberikan bersempena Bulan Kesedaran K4nser Payvdara yang disambut pada Oktober setiap tahun.

Menurut Achey, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) hasil kerjasamanya bersama syarikat pengeluar minyak wangi, SugarBomb.

“Asalnya idea untuk buat CSR ini tercetus daripada Nabil sendiri.

“Bila saya tahu sumbangan itu untuk disalurkan untuk kegunaan penyelidikan k4nser payvdara, saya terus bersetuju memandangkan ahli keluarga sendiri pernah mengh1dap k4nser tersebut,” katanya.

Achey berkata demikian ketika ditemui sewaktu sewaktu majlis penyerahan sumbangan cek kepada CANRES.

Turut hadir, Pengurus Besar SugarBomb, Kanumbu Agussalim dan Pengarah Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Zunita Zakaria.

Bagaimanapun, Nabil tidak dapat hadir pada majlis itu atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kata Achey lagi, dia juga berharap dengan sumbangan itu dapat memperkasakan kajian mengenai penyak1t yang menjadi pembunvh senyap khususnya dalam kalangan wanita.

“Saya tahu lelaki juga berisik0 untuk dapat penyak1t k4nser payvdara, tapi kesedaran tak sampai kepada masyarakat.

“Sebenarnya peratusan risik0 menghidap k4nser sama sahaja tanpa mengira jantina,” katanya.

Kesemua sumbangan itu merupakan hasil sebahagian jualan daripada produk Sugarbomb X Achey dan Edisi Sugarbomb X LuP’K.

Sebagai info, Bulan Kesedaran K4nser Payvdara Sedunia disambut setiap tahun pada bulan Oktober dan turut dinamakan sebagai ‘Pink Oktober’.

Sambutan tersebut bagi memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai k4nser payvdara di persada dunia.

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*