Tiga Bahan Dalam Suplemen Boleh Jadi Punca Masalah Buah Pinggang

Pengambilan suplemen memang boleh memberi manfaat kepada kesihatan manusia namun ada juga yang berisik0 mendatangkan bah4ya terutamanya kepada buah pinggang.

Kebiasaannya suplemen merupakan campuran beberapa nutrisi baik untuk tubuh seperti vitamin, mineral serta protein.

Namun kajian mendapati kandungan tertentu dalam sesuatu suplemen dapat menyebabkan kerosakan pada buah pinggang serta memburukkan situasi pesak1t yang sudah mender1ta berdepan masalah gnjal.

Beberapa bahan ini secara umumnya sukar diproses oleh buah pinggang sehingga organ ini terpaksa bekerja lebih untuk memprosesnya.

Kandungan yang tidak boleh diproses itu sebenarnya adalah racvn kepada tubuh.

Berikut adalah kandungan suplemen yang berb4haya kepada ginjal seperti dilaporkan National Kidney Foundation Amerika Syarikat.

Periksa kandungan suplemen sebelum dimakan.

1. Potasium

Suplemen yang mengandungi potasium perlu dielakkan terutamanya pesak1t buah pinggang termasuk yang menjalani rawatan dialisis.

Potasium sebenarnya baik untuk mengatur keseimbangan cecair dalam badan, otot dan saraf namun bagi orang yang mempunyai masalah ginjal, ia tidak dapat diproses dengan baik.

Ia sekali gus akan menyebabkan pesak1t sukar bernafas, sak1t d4da dan jantung berdebar.

Potasium banyak digunakan dalam suplemen berasaskan buah-buahan dan sayuran seperti daun ketumbar, daun bawang, daun sirih, betik, kunyit dan sebagainya.

2. Fostor

Jika label sesuatu suplemen menunjukkan penggunaan fostor, sebaik-baiknya elakkan meskipun ia baik untuk kesihatan tulang.

Pengambilan fostor secara berterusan akan membuatkan ginjal bekerja lebih kuat dan boleh menyebabkan ia rosak. Apatah lagi kepada yang memang sudah mengalami masalah itu.

Buah pinggang yang sudah sedia rosak, fostor tidak dapat diproses sehingga dapat menjadi racvn pada tubuh.

Fostor banyak terdapat dalam suplemen berasaskan herba seperti daun ketumbar, lobak merah, biji bunga matahari, kunyit dan sebagainya.

3. Suplemen Divretik

Selain itu, suplemen yang bersifat divretik juga sepatutnya dijauhi. Divretik adalah kemampuan untuk membuang kelebihan garam dan air dalam tubuh melalui air kencing.

Suplemen ini dapat menyebabkan kerosakan pada buah pinggang kita.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*