“Kami Ni buta, Jika Cov1d Besar Bangunan Tetap Tak Nampak”

Pandemik Cov1d-19 menggemparkan seluruh dunia sejak berbulan-bulan lalu, namun masih ada yang belum memahami secara jelas tentang v1rus yang membawa m4ut itu.

Kita yang sering mengikuti perkembangan semasa mengenai Cov1d-19 mengetahui tantang jumlah k3s harian, kem4tian dan discaj termasuklah kluster yang terbentuk disebabkan j4ngkitan itu.

Dek kerana masih belum ada vaksin untuk v1rus itu pada masa ini, pelbagai perkara terus menjadi tanda-tanya dalam fikiran segelintir masyarakat.

Begitulah yang dilalui seorang doktor sewaktu menjadi tetamu jemputan dalam sebuah kursus untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai v1rus baharu itu.

Masih ada golongan yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai v1rus Cov1d-19. -Gambar hiasan/Foto Bernama

Doktor, saya ada soalan. Terdengar sayup. Kedudukan kerusinya paling belakang. Ya, teruskan.

Covid ini memang kecil sampai tak nampak ya?” tulis Dr Ahmad Samhan menerusi perkongsian di halaman Facebook beliau.

“Iya. Dengan mata kasar memang kita tak nampak. Sebab itu kita perlu pakai pelitup muka. Salah satu langkah untuk cegah dari dij4ngkiti.

Kami ini buta. Jika Cov11d itu sebesar bangunan pun kami tetap tak nampak,” tulis beliau memetik percakapan 0KU tersebut.

Berkongsi pengalaman itu, Dr Ahmad Samhan Awang menyedari sebahagian hadirin pada hari itu terdiri daripada Orang Kelainan Upaya (0KU) penglihatan.

Ketika itu, beliau dijemput oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam Kursus Tahsin Al-quran dan Fiqh Ibadat di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.

“Tetapi ketika itu saya benar-benar tidak menyangka dia akan tanya saya tentang saiz dan bentuk Cov1d-19. Bila dia cakap dia tak nampak sebab bvta, saya memang tersentap.

“Maksudnya saya terdiam untuk memikirkan apakah contoh atau gambaran yang mudah untuk mereka faham sedangkan mereka tidak dapat melihat,” katanya kepada mStar.

Dr Ahmad Samhan Awang.

Doktor berusia 34 tahun itu mengakui meneliti hadirin di dewan itu yang turut disertai 0KU lain serta kakitangan-kakitangan Jakim yang sebahagiannya bergelar ustaz.

“Tidak lama kemudian, saya kembali bersuara. Saya tanya semula kepada peserta lelaki itu, pernah pegang pasir? Cuba bayangkan saiz untuk sebutir pasir.

“Dia jawab kecil sangat. Saya kemudian jelaskan kepada dia dan hadirin bahawa Cov1d-19 itu berkali-kali ganda kecilnya sampai tak nampak langsung apatah untuk dipegang,” katanya yang berpengalaman bertugas di Jabatan Kecem4san dan Tr4uma di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Dr Ahmad Samhan yang mengusahakan sebuah klinik di Kuala Terengganu, sesungguhnya betapa besar nikmat penglihatan kerana dengan melihat, manusia itu dapat mengambarkan menggunakan otak.

Pelitup muka merupakan salah satu langkah untuk mencegah j4ngkitan Cov1d-19. -Foto Bernama

“Tanpa melihat, tiada signal atau gambar dapat dibayangkan dalam otak. Gelap, sukar untuk huraikan gambar itu dengan kata-kata tanpa melihat.

“Walaupun sukar untuk mereka bayangkan, sekurang-kurang mereka faham untuk mengelakkan diri dari dij4ngkiti. Walaupun mata mereka buta tapi hati mereka cerah.

“Mereka buktikan bukan asbab perlu mata untuk al-Quran dibaca dan dihafal. Sungguh, diri ini mencemburui kecerahan mata hati mereka,” katanya.

 

 

Sumber : Mstar via Kasi Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*