“Sebenarnya Saya Nak Kahwin….” – Usop Dedah Ciri Bakal Isterinya

Naib juara Big Stage 2020 Usop mengakui niat sebenarnya untuk menyertai pertandingan ini adalah untuk berkahwin.

Jelas Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 23, dia tidak mahu berahsia tentang status terkininya yang sudah mempunyai teman istimewa.


“Niat saya lama dah, buat apa saya nak rahsia-rahsia kalau ni benda baik. Saya mengenali si dia selepas saya keluar daripada rancangan realiti terdahulu.

“Dia orang biasa sahaja tapi apa yang buatkan saya suka dia adalah sebab dia tinggi daripada saya. Dia orang Pulau Pinang, anak mami,” jelas Usop kepada Gempak.

Usop ditemui semasa sidang media konsert akhir BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad.

Tambah Usop lagi, dia tidak mahu melambatkan proses mendirikan rumah tangga kerana berpendapat benda baik harus dipercepatkan.


“Benda baik ni kalau kita buat lagi cepat, lagi bagus. Nanti saya akan kongsi.

“Malah, dia juga tahu yang ramai wanita yang mesej saya di Instagram (IG) dan dia juga sering juga membuka IG saya.

“Saya tahu jaga diri, saya tak akan layan benda-benda begitu sebab saya setia pada yang satu,” ujarnya lagi.

Pada konsert akhir BS2020 yang berlangsung pada Ahad lalu menyaksikan Azzam Sham dinobatkan dinobatkan sebagai juara.

Usop mendapat naib juara dan Qody Rany berada di kedudukan ketiga.

Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.

Sumber: Gempak, Ig @usopofficial

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*