Sambut Hari Lahir ke-37, Fazura Kongsi Hadiah Terindah Dalam Hidupnya

Pelakon Fattah Amin dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Mereka melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di Kuala Lumpur.

Sempena ulang tahun kelahiran Fazura yang ke-37, Fattah memberi ucapan istimewa kepada isterinya tersayang itu.


Menurut Fattah, tiada kata-kata dapat digambarkan betapa istimewanya isterinya itu terhadap dirinya selain akan terus mencintai setiap hari.

Bagi Fazura pula, dia menyifatkan rezeki bakal menimang cahaya mata merupakan hadiah paling bermakna pada tahun ini.


Perkongsian mereka berdua itu dipenuhi komen pengikut dengan mengucapkan selamat hari lahir serta mendoakan agar urusan bersalin berjalan lancar.

Sumber: Ig @missfazura, Ig @fattahaminz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*