Kereta Hampir Terb4bas, Umie Aida Syak Ada Orang Lakukan Ini

Pelakon Datin Seri Umie Aida berdepan dengan detik cem4s apabila kereta yang dipandunya hampir terb4bas ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran.

Menurut Umie, 47, dia terpaksa mengawal kereta daripada ter1anggar penghadang jalan gara-gara tayarnya pecah.

“Benda nak jadi dalam sekelip mata. Dekat Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dalam perjalanan nak pergi penggambaran.


“Tengah memandu tetiba rasa something

wrong dengan tayar. Dia cuba tolak kereta saya ke penghadang jalan.

“Alhamdulillah dapat kawal dengan izin Allah. Nasib baik kereta belakang pun menyedari akan keadaan kereta saya. Dapat saya berhenti di tepi jalan ini,” katanya menerusi Instagram Stories.

Perkongsian yang dibuat pada Sabtu lalu turut memuat naik keadaan tayar kereta yang hampir pecah keseluruhannya.

Dalam pada itu, Umie mengingatkan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati kerana berkemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab yang membuat ‘jah4t’ di jalan tersebut.

“Berhati-hati di jalan raya takvt kemungkinan ada orang yang tabur benda taj4m. Kita tak tahu.

“Saya rasa ada sesuatu tadi dekat corner tapi tak apa yang penting selamat,” katanya lagi.


Sumber: Gempak, Ig @umieaida9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*