Kes Positif Covid-19 Meningkat, Ini Pesanan PM Buat Rakyat Semua

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk memainkan peranan mereka dalam memutuskan rangkaian penu1aran Covid-19.

Kata Muhyiddin, Malaysia dalam dua minggu terakhir ini merekodkan jumlah kes yang tinggi sehingga tiga daerah iaitu Kota Setar di Kedah, Lahad Datu dan Tawau di Sabah diisytiharkan sebagai zon merah.

“Walaupun negara ini berjaya membendung penyebaran Covid-19, saya bimbang kerana jumlah kes positif meningkat akhir-akhir ini,” katanya dalam perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19 di negara ini pada Selasa malam.

Tambah beliau, sebanyak 615 kes baharu telah dikesan dalam 14 hari terakhir.

Ujarnya lagi, berdasarkan data dari seluruh dunia, wab4k itu masih aktif dan dijangka berlanjutan untuk waktu yang lama.

Sehingga Selasa, sebanyak 9,969 kes positif Covid-19 telah dikesan di negara ini dengan 128 kemat1an atau kadar 1.28 peratus dari semua kes.

Masih ada 11 kluster aktif di negara ini, dengan 97 kluster yang lain telah berakhir. – The Star.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*