Penu1aran Covid-19 di negara ini merekodkan 23 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,969 kes setakat Selasa.
Daripada 23 kes baharu yang telah dilaporkan, 10 kes adalah kes import jangk1tan luar negara.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kemat1an akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 128 kemat1an.
“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kemat1an berkaitan Covid-19 setakat ini.
“Justeru, jumlah kumulatif kes kemat1an Covid-19 di Malaysia sebanyak 128,” ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selasa petang.
Sehingga hari ini, enam kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 9,209 kes keseluruhan pulih di Malaysia.
Untuk rekod semasa, 14 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, KKM memaklumkan satu lagi pertambahan kluster baharu di Sabah.
“Kes baharu tertinggi adalah di Sabah dengan 13 kes termasuk lapan kes dari kluster baharu, kluster Pulau,” ujar Dr Noor Hisham lagi.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply