Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin dan Nurida berkahwin pada 13 September 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur. Hasil perkongsian hidup, mereka ini dikurniakan anak perempuan, Rizqaa Rizman pada 2 September lalu.
Terbaharu, Rizman meraikan ulang tahun perkahwinannya yang pertama bersama isteri tercinta Nurida Suraya.
Menerusi laman sosial Instagram, Rizman memuat naik sebuab video romantis untuk didedikasilan khas buat isterinya.
“Happy anniversary sayang @nuridasuraya. Ours,” tulis Rizman ringkas di ruangan kapsyen.
Menerusi video berdurasi hampir empat minit itu menunjukkan momen-momen indah sekitar persiapan menjelang majlis pernikahan, perkahwinan, bulan madu, Nurida disahkan hamil serta kelahiran puteri sulung mereka.
Nurida juga tidak ketinggalan memuat naik sekeping foto ketika hari pernikahannya di laman Instagram miliknya.
“One year ago today. Happy anniversary my sayang. Terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik. Saya cinta awak sangat-sangat dan untuk seribu tahun lagi untuk kita insya-Allah,” tulis Nurida untuk suaminya.
Di ruangan balas, ramai yang memberikan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan ini.
Sumber: Gempak, Ig (@rizman.n
Leave a Reply Cancel reply