Pelakon Emma Maembong dan Muhammad Shazli Azhar telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari di sebuah premis acara di Bukit Damansara.
Terbaharu, Emma mendedahkan dia sudah tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru bersama suami tercinta, Muhammad Shazli Azhar.
Menerusi laman sosial Instagram, Emma berkongsi foto di ruangan ruang tamu yang kini dalam proses memasang hiasan dalaman sebelum ia boleh diduduki.
“Saya dan suami @shazli_a tak sabar tak sabarnya nak tunggu rumah baru siap. Macam ni pun dah boleh nampak lawa. Tak sabar nak tunggu hasilnya,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
Rumah yang dicat serba putih itu kelihatan sangat cantik dengan hiasan cermin melatari ruangan dinding utama.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memuji kecantikan hiasan dalam rumah Emma yang hampir siap itu.
Sumber: Gempak. Ig @emma_maembongofficial
Leave a Reply Cancel reply