“Terkejut Dengan Apa Yang Papa Cakap Tu…” – Norzizi Zulkifli Kongsi Video ‘Mahal’ Terakhir Dengan Arw4h Bapa

Pelakon dan pensyarah, Dr. Norzizi Zulkifli berkongsi rakaman video terakhirnya yang sempat diambil bersama arw4h bapanya, Allahy4rham Datuk Zulkifli Zain.

Menurut Norzizi, dia mengakui sebak dengan apa yang diperkatakan oleh arw4h bapanya itu ketika merakam momen tersebut secara spontan pada 19 Ogos yang lalu.

Dalam video tersebut, bapanya menyampaikan ucapan terima kasih kepadanya yang menjaganya selama ini.

“Terima kasih banyak-banyak, jaga papa dengan baik,” kata bapanya dalam satu entri yang dimuat naik Norzizi di Instagram.

Kata Norzizi, dia sendiri terkejut dengan apa yang cuba diucapkan oleh arw4h bapanya itu ketika ‘mengusik’ bapanya untuk memberikan ucapan.

“Masa rakam tu, terkejut sebenarnya dengan apa yang papa cakap tu sebab tak sangka begitu serius apa nak cakap untuk video ini sebab rakam untuk main-main sembang dengan Papa.

“Masa papa sebut tu pun, saya hembus ayat tu supaya tak melekat di hati dan terus pergi ke mata sebab saya malas nak nangis masa tu! Sekarang, kalau tengok dan teringat video ni menjadi video yang sangat mahal!,” katanya.

Bahkan, menurut Norzizi, arw4h bapanya juga sering memberitahunya akan ganjaran yang menanti mereka diakhirat kelak.

“Memang papa selalu sebut ini pada kami kerana menjaganya: “Syurgalah tempat hangpa”.

“Saya dan Zaza (adik) berpelukan menangis teringat kata-kata papa ini,” katanya.

Terdahulu, bapa Norzizi, Datuk Zulkifli Zain yang juga pelakon veteran mening gal du nia pada 5 September 2020.

Ketika hayatnya, Zulkifli dilaporkan menghidap ang1n 4hmar selain beberapa komplikasi lain termasuklah s4kit jan tung dan masalah buah ping gang.


Sumber: Gempak, Ig

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*